CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Monday, 22 October 2012

Penjodoh Bilangan


Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan:
­Ada kalanya penjodoh bilangan tidak juga digunakan bersama-sama
   dengan kata bilangan.Contohnya:
   i)semua gadis.........(bukan semua orang gadis)
  ii)setiap pemuda......(bukan setiap orang pemuda)
iii)seluruh negeri........(bukan seluruh buah negeri)

Contoh Penjodoh Bilangan Serta Penggunaannya

PENJODOH BILANGAN
PENGGUNAAN DAN CONTOH AYAT
Batang
Untuk benda-benda yang panjang seperti
pokok,sungai,jalan raya,pen dan sebagainya.
1.      Di belakang rumah saya ada sebatang sungai.
2.      Saya membelikan adik sebatang pensel
3.      Beberapa batang jalan raya telah ditutup.
Bentuk
Untuk benda-benda yang berkeluk seperti cincin dan mata kail.
1.      Syakir menghadiahi tunangnya sebentuk cincin.
2.      Aiman membeli dua bentuk mata kail.
Bidang
Untuk benda-benda yang luas seperti tanah,tikar,layar dan sebagainya.
1.      Ayah memiliki sebidang tanah.
2.      Sebidang tikar mengkuang itu berharga RM30 .
Biji
Untuk benda-benda yang kecil seperti telur,buah-buahan dan sebagainya.
1.      Pak Kassim membeli lima biji buah durian Musang King.
2.      Di atas meja itu terdapat dua biji telur.
Carik/cebis
Untuk benda-benda yang dikoyakkan seperti kertas, kain dan sebagainya.
1.      Secarik kain digunakan untuk membalut luka itu.
Cucuk
Untuk benda-benda  yang dicucuk dengan lidi,seperti sate,buah-buahan dan sebagainya.
1.      Adik hanya makan dua cucuk sate
Das
Untuk bunyi tembakan atau letupan seperti pistol,senapang dan meriam.
1.      Polis melepaskan dua das tembakan kea rah perompak  itu.
Ekor
Untuk binatang
1.      Surau Kampung Sungai Lui telah menyediakan dua ekor lembu untuk korban tahun ini.
Gugus
Digunakan untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur,kelapa sawit dan sebagainya.
1.      Rosilawati membeli dua gugus anggur di Pasaraya Tunas Manja.
2.      Negara Filipina dikelilingi oleh beberapa gugus pulau.
Kawan
Digunakan untuk kumpulan binatang seperti gajah,kerbau dan sebagainya.
1.      Sekawan kerbau sedang berkubang di dalam sawah itu.
Jambak
Digunakan untuk buah-buahan,bunga,kunci dan sebagainnya.
1.      Karmila menghadiahi gurunya sejambak bunga.
2.      Tania menjumpai sejambak kunci di halaman rumahnya.
Keping
Untuk benda-benda yang pipih atau tipis seperti papan,gambar,roti dan sebagainya.
1.      Saya makan sekeping roti bakar sewaktu bersarapan.
Ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu,ais,daging yang dipotong dan sebagainya.
    1.Abu melontari anjing itu dengan seketul batu
patah
Digunakan untuk kata
1.      Panjang karangan itu adalah 50 patah perkataan sahaja.



Thursday, 4 October 2012

PENGGUNAAN 'Bila ' dan Apabila'

Bila adalah kata tanya,manakala Apabila adalah kata hubung.

AKTIVITI BAHASA DI SEKOLAH SKBR


PERTANDINGAN PIDATO SEMPENA MINGGU BAHASA
Adik Noraqilah Dianah murid Tahun 5 Kreatif
Tajuk Pidato: Faedah Membaca Kepada Murid-Murid.

SUASANA BILIK DARJAH


Bilik darjah yang menarik dan mendamaikan pasti memberikan kesan yang positif kepada murid dan demikianlah jikalau sebaliknya.Manakala untuk menyediakan suasana kelas yang terbaik pastilah memerlukan bukan sedikit usaha dan pengorbanan.Namun itulah keistimewaan seorang guru yang komited,tidak banyak alasan bahkan banyak pula tindakannya.Jom kita tengok antara suasana kelas yang barangkali boleh menjadi inspirasi untuk kita.

Wednesday, 3 October 2012

REKREASI MINDA

Untuk renungan anak-anak murid Cikgu Ana,mudah-mudahan peperiksaan yang akan menjelang pada 09 Oktober nanti dapat ditempuhi dengan jaya dan cemerlang.


Tuesday, 2 October 2012

PENGGUNAAN 'BUKAN' dan 'TIDAK'


PENGGUNAAN ‘bukan ‘ dan ‘tidak

Kata ‘bukan’ digunakan apabila predikat ayat itu ialah frasa nama.

Contoh penggunaan:

1.Amirul bukan kawan saya.
2.Itu bukan rumah Batrisya.
3.Hayati bukan murid yang rajin.

Kata ‘tidak’ digunakan apabila prediket ayat itu ialah frasa kerja atau frasa adjektif.

1.Soalan itu tidak susah
2.Marina tidak bergaduh dengan saya
3.Anas tidak mengulangkaji pelajaran sebaliknya menonton televisyen.

KATA PEMERI


KATA PEMERI

Ialah’ digunakan di hadapan frasa nama

Contoh penggunaan:

1.Cikgu Ana ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

2.Bangunan itu ialah Pasar Raya Tunas Manja.

3.Syakir ialah anak bongsu dalam keluarga ini.

‘Adalah’ digunakan di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi.

Contoh Penggunaan:

1.Hadiah itu adalah untuk Cikgu Hasnita.

2.Warna kegemaran saya adalah biru.

3.Kejadian itu adalah benar.

Monday, 1 October 2012

PENGGUNAAN KATA SENDI 'DARI' DAN ' DARIPADA'


Penggunaan sendi nama ‘dari; dan ‘daripada’.

‘Dari’ digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah(TAM)

Contoh penggunaan:
1.Karmila berasal dari Sabah
2.Anita membaca buku dari jam 2.00 hingga 4.00 petang.
3.Naufal memusingkan kepalanya dari kiri ke kanan.

‘Daripada’ digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal
kejadian:
1. Linda menerima surat daripada kakaknya.

2.Rumah Salfinaz lebih besar daripada rumah Aifa.

3. Kerusi itu dibuat daripada kayu getah.