Salam anak-anak didik Cikgu Ana,seronoknya bercuti,kerja sekolah dalam cuti yang cikgu murid-murid berikan dah siap?Kalau tak tahu boleh tanya mak,abah,abang ataupun kakak.Baca dialog di bawah:
Ika :Mama boleh tolong Ika tak?
Mama:Boleh apa salahnya.
Ika : Kerja Bahasa Melayu ni susah la mama,Ika tak faham.
Cikgu suruh Ika bina ayat yang berbeza
penjodoh bilangannya untuk buluh.
Mama: Oh,Ika tak faham ke?Senang aje,penjodoh bilangan yang
sesuai untuk buluh seperti batang,rumpun,
ruas,dan bilah.
Ika :Mama tolonglah buatkan ayatnya.
Mama: Eh,mana boleh macam tu,mama pun nak masak ni.
Apa kata Ika cuba layari blog Cikgu Ana.Mama
pernah layari blog Cikgu Ana tu,banyak nota
tentang penjodoh bilangan. Ika layari anasudin65.
blogspot.com
Ika : Baiklah mama.
PENJODOH BILANGAN BAGI BULUH
i)Batang
ii)Rumpun
iii)Ruas
iv)Bilah
Contoh Ayat:
1)Sepanjang jalan ke kebun Pak Ishak
dipenuhi dengan beberapa rumpun buluh.