CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Friday 14 December 2012

JOM INGAT SEMULA

SUDAH LIHAT SLIDE?SUDAH LUPA PELAJARAN LALU?


JOM INGAT SEMULA KERANA
KITA SELALU LUPA





LIHAT SEMULA PENJODOH BILANGAN 
YANG MEMANG SELALU KITA GUNAKAN
JANGAN SILAP LAGI TAU.


Contoh Ayat:

1.Haji Karim menjumpai beberapa kaki cendawan
   di belakang rumahnya.
2.Ramlee diberkas polis kerana memiliki
   sepucuk pistol tanpa lesen.


Contoh ayat:

1.Sebilah pedang tinggalan tentera Jepun
   telah dijumpai di belakang rumah lama itu.
2.Faizul membeli sejambak bunga ros untuk
   diberikan kepada guru kesayangannya.



Contoh ayat:

1.Ayah membeli sebentuk cincin emas 
   sebagai hadiah hari lahir ibu.
2.Suzila menangis kerana seutas rantai
   emas kesayangannya telah hilang.



Contoh ayat:

1.Abang membeli sebiji bola berwarna
   merah untuk adik di kedai Pak Hashim.
2.Pramugari itu memakai sepasang kasut
   tumit tinggi berwarna hitam.



Contoh ayat:

1.Di belakang rumah Diana terdapat sebatang
   sungai yang deras airnya.
2.Mak gembira kerana baharu sahaja menerima
   sepucuk surat daripada abang yang sedang
   menuntut di luar negeri.

RENUNGAN HARI INI






Thursday 13 December 2012

SLIDE PENJODOH BILANGAN 2

INGIN TENGOK SLIDE LAGI?
JOM KITA TENGOK SAMA -SAMA,YANG INI LAGI BAGUS.
MURID-MURID MESTI LEBIH FAHAM TENTANG PENJODOH BILANGAN




RENUNGAN HARI INI



Wednesday 12 December 2012

SLIDE PENJODOH BILANGAN

Murid-murid dah jemu  membuat latihan?

JOM TENGOK SLIDE PULA




SOALAN PERANGKAP PENJODOH BILANGAN




Harus diingat walaupun sistem bahasa penjodoh bilangan ini kelihatan mudah namun,murid-murid mesti berhati-hati  memilih jawapan yang tepat:
Lihat contoh- contoh soalan  di bawah yang memerlukan ketelitian untuk memilih jawapannya.

Contoh Soalan:

1. Adik Diana memakan beberapa ......................
    durian sewaktu kami pergi ke dusun nenek 
     pada minggu lepas.
    A. biji                 B.ulas
    C.longgok          D.bakul.

2. Pak Mail memikul ........................pisang
    sewaktu pulang dari kebunnya.
    A.sesisir             B.sesikat
    C.sebiji              D.setandan.

3.Di belakang rumah nenek terdapat beberapa
   ..........................cendawan.
   A. batang           B.pucuk
   C. kaki              D.pokok.

4. Puan Suzana memasukkan ..................
    serai dalam masakan Tom Yamnya.
   A. seikat            B.sebatang
   C.serumpun       D.sepokok.

5. Sebagai tukang masak terkenal di 
    kampung  itu,Puan Murni memasukkan dua
     ................... garam ke dalam gulai kawah
     sewaktu majlis kenduri perkahwinan
    anak Pak Kassim.
    A.cubit              B.sudu
    C.gengam          D.bungkus 

PASTIKAN JAWAPAN ANDA ADALAH:
1.B
2.D
3.C
4.B
5.C

Banyak lagi soalan lain yang memerlukan
murid-murid berhati-hati sebelum memilih
jawapan.Ini kerana sesuatu benda,
barang,orang dan sebagainya boleh 
digunakan dalam penjodoh bilangan
yang berlainan mengikut konteks ayat.

RENUNGAN HARI INI


YA.....KITA BOLEH BERJAYA
  

Monday 10 December 2012

BLOG CIKGU ANA

Salam anak-anak didik Cikgu Ana,seronoknya bercuti,kerja sekolah dalam cuti yang cikgu murid-murid berikan dah siap?Kalau tak tahu boleh tanya mak,abah,abang ataupun kakak.Baca dialog di bawah:

Ika    :Mama boleh tolong Ika tak?
Mama:Boleh apa salahnya.
Ika    : Kerja Bahasa Melayu ni susah la mama,Ika tak faham.
           Cikgu suruh Ika bina ayat yang berbeza
           penjodoh bilangannya untuk buluh.
Mama: Oh,Ika tak faham ke?Senang aje,penjodoh bilangan yang
             sesuai untuk buluh seperti batang,rumpun,
              ruas,dan bilah.
Ika    :Mama tolonglah buatkan ayatnya.
Mama: Eh,mana boleh macam tu,mama pun nak masak ni.
           Apa kata Ika cuba layari blog Cikgu Ana.Mama
           pernah layari blog Cikgu Ana tu,banyak nota
           tentang penjodoh bilangan. Ika layari anasudin65.
           blogspot.com
Ika     : Baiklah mama.


PENJODOH BILANGAN BAGI BULUH

i)Batang
ii)Rumpun
iii)Ruas
iv)Bilah


BATANG


Contoh Ayat:

1.Pak Mail dan Pak Kasim sedang menebang
    beberapa  batang buluh untuk dijadikan
    buluh lemang.

RUMPUN



Contoh Ayat:

1)Sepanjang jalan ke kebun Pak Ishak
    dipenuhi  dengan beberapa rumpun buluh.


RUAS



Contoh Ayat:

1) Tabung itu dibuat daripada beberapa ruas buluh.

BILAH

Contoh Ayat:

1) Beberapa bilah buluh diperlukan untuk
     membuat bubu itu.

RENUNGAN HARI INI


Sunday 9 December 2012

LAGI TENTANG PENJODOH BILANGAN

Murid-murid selalu keliru  menggunakan penjodoh bilangan untuk rumah. Penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk rumah adalah buah,pintu dan deret.Apakata kita lihat gambar dan contoh -contoh penggunaan ayat yang betul mengikut konteks.

buah


Contoh ayat:
1.Dato Ismail mendirikan sebuah rumah kayu di kampungnya untuk memudahkan beliau pulang  pada hujung minggu.

pintu


Contoh ayat:
1.Encik Firdaus memiliki dua pintu rumah sewa di Bandar Tun Razak.

deret



Contoh ayat:
1.Pihak pemaju di bawah kontraktor Amalina Holding telah membina beberapa deret rumah kos rendah di Bandar Raub.


Macamana?murid-murid sudah faham?Bagus!Tetapi cuba renungi kata-kata di bawah:


Saturday 8 December 2012

SEEKOR?SEPASANG?SEKAWAN?....ALAMAK PENINGNYA.




Salam kawan-kawan.Kawan-kawan tahu tak,apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk burung selain ekor?Nak tahu?.......jom layan.......

ekor


Contoh ayat:
1.Seekor burung ' love bird' sedang bertenggek di atas batang kayu reput itu.

PASANG


Contoh Ayat:
1) Adik begitu seronok melihat sepasang burung kakaktua yang terdapat di Zoo Taiping itu.

sekawan


Contoh Ayat:
1)Kehadiran sekawan burung 'Milky Story' di kawasan paya bakau itu telah menarik kehadiran ramai pelancong.

RENUNGAN HARI INI