CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Friday 14 December 2012

JOM INGAT SEMULA

SUDAH LIHAT SLIDE?SUDAH LUPA PELAJARAN LALU?


JOM INGAT SEMULA KERANA
KITA SELALU LUPA





LIHAT SEMULA PENJODOH BILANGAN 
YANG MEMANG SELALU KITA GUNAKAN
JANGAN SILAP LAGI TAU.


Contoh Ayat:

1.Haji Karim menjumpai beberapa kaki cendawan
   di belakang rumahnya.
2.Ramlee diberkas polis kerana memiliki
   sepucuk pistol tanpa lesen.


Contoh ayat:

1.Sebilah pedang tinggalan tentera Jepun
   telah dijumpai di belakang rumah lama itu.
2.Faizul membeli sejambak bunga ros untuk
   diberikan kepada guru kesayangannya.



Contoh ayat:

1.Ayah membeli sebentuk cincin emas 
   sebagai hadiah hari lahir ibu.
2.Suzila menangis kerana seutas rantai
   emas kesayangannya telah hilang.



Contoh ayat:

1.Abang membeli sebiji bola berwarna
   merah untuk adik di kedai Pak Hashim.
2.Pramugari itu memakai sepasang kasut
   tumit tinggi berwarna hitam.



Contoh ayat:

1.Di belakang rumah Diana terdapat sebatang
   sungai yang deras airnya.
2.Mak gembira kerana baharu sahaja menerima
   sepucuk surat daripada abang yang sedang
   menuntut di luar negeri.

RENUNGAN HARI INI






Thursday 13 December 2012

SLIDE PENJODOH BILANGAN 2

INGIN TENGOK SLIDE LAGI?
JOM KITA TENGOK SAMA -SAMA,YANG INI LAGI BAGUS.
MURID-MURID MESTI LEBIH FAHAM TENTANG PENJODOH BILANGAN




RENUNGAN HARI INI



Wednesday 12 December 2012

SLIDE PENJODOH BILANGAN

Murid-murid dah jemu  membuat latihan?

JOM TENGOK SLIDE PULA




SOALAN PERANGKAP PENJODOH BILANGAN




Harus diingat walaupun sistem bahasa penjodoh bilangan ini kelihatan mudah namun,murid-murid mesti berhati-hati  memilih jawapan yang tepat:
Lihat contoh- contoh soalan  di bawah yang memerlukan ketelitian untuk memilih jawapannya.

Contoh Soalan:

1. Adik Diana memakan beberapa ......................
    durian sewaktu kami pergi ke dusun nenek 
     pada minggu lepas.
    A. biji                 B.ulas
    C.longgok          D.bakul.

2. Pak Mail memikul ........................pisang
    sewaktu pulang dari kebunnya.
    A.sesisir             B.sesikat
    C.sebiji              D.setandan.

3.Di belakang rumah nenek terdapat beberapa
   ..........................cendawan.
   A. batang           B.pucuk
   C. kaki              D.pokok.

4. Puan Suzana memasukkan ..................
    serai dalam masakan Tom Yamnya.
   A. seikat            B.sebatang
   C.serumpun       D.sepokok.

5. Sebagai tukang masak terkenal di 
    kampung  itu,Puan Murni memasukkan dua
     ................... garam ke dalam gulai kawah
     sewaktu majlis kenduri perkahwinan
    anak Pak Kassim.
    A.cubit              B.sudu
    C.gengam          D.bungkus 

PASTIKAN JAWAPAN ANDA ADALAH:
1.B
2.D
3.C
4.B
5.C

Banyak lagi soalan lain yang memerlukan
murid-murid berhati-hati sebelum memilih
jawapan.Ini kerana sesuatu benda,
barang,orang dan sebagainya boleh 
digunakan dalam penjodoh bilangan
yang berlainan mengikut konteks ayat.

RENUNGAN HARI INI


YA.....KITA BOLEH BERJAYA
  

Monday 10 December 2012

BLOG CIKGU ANA

Salam anak-anak didik Cikgu Ana,seronoknya bercuti,kerja sekolah dalam cuti yang cikgu murid-murid berikan dah siap?Kalau tak tahu boleh tanya mak,abah,abang ataupun kakak.Baca dialog di bawah:

Ika    :Mama boleh tolong Ika tak?
Mama:Boleh apa salahnya.
Ika    : Kerja Bahasa Melayu ni susah la mama,Ika tak faham.
           Cikgu suruh Ika bina ayat yang berbeza
           penjodoh bilangannya untuk buluh.
Mama: Oh,Ika tak faham ke?Senang aje,penjodoh bilangan yang
             sesuai untuk buluh seperti batang,rumpun,
              ruas,dan bilah.
Ika    :Mama tolonglah buatkan ayatnya.
Mama: Eh,mana boleh macam tu,mama pun nak masak ni.
           Apa kata Ika cuba layari blog Cikgu Ana.Mama
           pernah layari blog Cikgu Ana tu,banyak nota
           tentang penjodoh bilangan. Ika layari anasudin65.
           blogspot.com
Ika     : Baiklah mama.


PENJODOH BILANGAN BAGI BULUH

i)Batang
ii)Rumpun
iii)Ruas
iv)Bilah


BATANG


Contoh Ayat:

1.Pak Mail dan Pak Kasim sedang menebang
    beberapa  batang buluh untuk dijadikan
    buluh lemang.

RUMPUN



Contoh Ayat:

1)Sepanjang jalan ke kebun Pak Ishak
    dipenuhi  dengan beberapa rumpun buluh.


RUAS



Contoh Ayat:

1) Tabung itu dibuat daripada beberapa ruas buluh.

BILAH

Contoh Ayat:

1) Beberapa bilah buluh diperlukan untuk
     membuat bubu itu.

RENUNGAN HARI INI


Sunday 9 December 2012

LAGI TENTANG PENJODOH BILANGAN

Murid-murid selalu keliru  menggunakan penjodoh bilangan untuk rumah. Penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk rumah adalah buah,pintu dan deret.Apakata kita lihat gambar dan contoh -contoh penggunaan ayat yang betul mengikut konteks.

buah


Contoh ayat:
1.Dato Ismail mendirikan sebuah rumah kayu di kampungnya untuk memudahkan beliau pulang  pada hujung minggu.

pintu


Contoh ayat:
1.Encik Firdaus memiliki dua pintu rumah sewa di Bandar Tun Razak.

deret



Contoh ayat:
1.Pihak pemaju di bawah kontraktor Amalina Holding telah membina beberapa deret rumah kos rendah di Bandar Raub.


Macamana?murid-murid sudah faham?Bagus!Tetapi cuba renungi kata-kata di bawah:


Saturday 8 December 2012

SEEKOR?SEPASANG?SEKAWAN?....ALAMAK PENINGNYA.




Salam kawan-kawan.Kawan-kawan tahu tak,apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk burung selain ekor?Nak tahu?.......jom layan.......

ekor


Contoh ayat:
1.Seekor burung ' love bird' sedang bertenggek di atas batang kayu reput itu.

PASANG


Contoh Ayat:
1) Adik begitu seronok melihat sepasang burung kakaktua yang terdapat di Zoo Taiping itu.

sekawan


Contoh Ayat:
1)Kehadiran sekawan burung 'Milky Story' di kawasan paya bakau itu telah menarik kehadiran ramai pelancong.

RENUNGAN HARI INI






FAHAMI BETUL-BETUL

Harus diingat,sesetengah benda boleh dipadankan dengan beberapa penjodoh bilangan bergantung kepada konteks/situasi ayat.
Dalam pelajaran yang lalu saya sudah memberikan beberapa contoh seperti untuk durian,tebu,serai dan pisang.
Lihat pula contoh-contoh di bawah:

BUNGA

tangkai

Ayat:
1.Setangkai bunga ros itu berharga RM 5.00 sahaja.

Jambangan



Ayat:
1.Kakak meletakkan sejambangan bunga di atas meja untuk
   hiasan.

Jambak
Ayat:
1. Firdaus membeli sejambak bunga ros untuk dihadiahkan
    kepada tunangnya.

pokok

Ayat:
1.Puan Suhana menanam beberapa pokok bunga raya di halaman rumahnya.

 kuntum


Ayat:
1. Puan Latchmi memetik sekuntum bunga ros untuk diselitkan pada rambutnya.

RENUNGAN HARI INI


Friday 7 December 2012

PENGAYAAN PENJODOH BILANGAN



Peperiksaan?......alamak takutnya.


Bukanlah,yang ni cuma latihan pengayaan sahaja
Cikgu Ana berikan supaya murid-murid lebih
memahami tentang tajuk penjodoh bilangan yang sedang kita pelajari ini.

Arahan:
Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai:

      Puan Sakinah dan suaminya pergi ke pasar.Mereka membeli tiga___________ikan bawal,se__________sawi,empat __________terung dan beberapa_____________kari ayam dan daging.

      Dalam perjalanan pulang mereka singgah di__________kedai untuk bersarapan.Puan Sakinah memesan dua___________roti canai dan se___________nescafe,manakala suaminya memesan se___________mi goreng dan se ___________air mineral. 

      Sebelum pulang mereka singgah di Kedai Doraisamy untuk membeli se____________surat khabar,se____________selipar,se______sabun dan se____________payung Manakala untuk cucunya Ainul Damia mereka membelikannya se____________bola mainan, dua __________pensel serta se__________tuala kecil yang dipesan oleh cucu mereka itu.

Macamana?mudah kan.Jika masih lagi keliru,baca semula buku-buku penjodoh bilangan atau minta tolong kepada ibu,abah,kakak atau abang.
Selamat mencuba.

RENUNGAN HARI INI


Thursday 6 December 2012

TIPS PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN

Sering Melakukan Kesilapan?Tidak faham tentang penggunaan penjodoh bilangan?

Baca tips di bawah:




# Penjodoh Bilangan tidak boleh digunakan bersama kata nama 
   abstrak.
# Penjodoh Bilangan juga tidak boleh digunakan bersama kata 
   bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu"beberapa".

Lihat Contoh Ayat Di bawah:

Contoh kesilapan:
1. Amirul mempunyai sebuah impian untuk menjadi seorang 
   angkasawan.
2. Semua orang pelajar diwajibkan mematuhi peraturan sekolah.
3. Kebakaran itu telah memusnahkan seluruh buah bangunan itu.

Ayat Sepatutnya:
1. Amirul mempunyai impian untuk
    menjadi seorang angkasawan.
2. Semua pelajar diwajibkan mematuhi
    peraturan sekolah.
3. Kebakaran itu telah memusnahkan
    seluruh bangunan itu.

Masih keliru?

Lihat lagi contoh di bawah:
1.Semua orang pekerja(salah)
   Semua pekerja(betul)

2.Seluruh buah kampung(salah)
   Seluruh kampung(betul)

3.Pelbagai bentuk teguran(salah)
   Pelbagai teguran(betul)

RENUNGAN HARI INI





Wednesday 5 December 2012

ASAH LAGI MINDA ANDA


ASAH LAGI MINDA ANDA DENGAN BEBERAPA LAGI PENJODOH BILANGAN YANG SESUAI MENGIKUT KONTEKS




Contoh ayat:

1.Adik mempunyai tiga pasang stoking berwarna hitam.
2.Mak menghadiahi kakak sepasang anting-anting sempena hari jadinya yang ke-10.
3.Arnab mempunyai sepasang telinga yang panjang.


Contoh ayat:


1.Beberapa hiris halia diperlukan untuk dijadikan
    bahan tumisan  kari ayam itu.
2.Terdapat tiga hiris timun di dalam nasi ayam itu.
3.Mak meletakkan dua hiris lada merah sebagai
    hiasan di dalam   hidangan mi gorengnya.


RENUNGAN HARI INI





Tuesday 4 December 2012

CARI PENJODOH BILANGAN TERSEMBUNYI


SALAM 1 MALAYSIA SEMUA,

Semua sudah penat membaca nota dan melihat gambar-gambar yang berkaitan dengan penjodoh bilangan?Apa kata hari ini kita rehatkan minda dengan permainan bahasa pula.Jom kita layan.......cari penjodoh bilangan yang terdapat dalam kotak  di bawah.








Pastikan anda menjumpai 8 penjodoh bilangan yakni:

i) jambangan
ii) hiris
iii) helai
iv) ikat
v) kandang
vi) jambak
vii) kaki
viii) hidang

Sudah jumpa?tahniah,anda memang murid yang bijak!


RENUNGAN HARI INI






YA.....KENA KORBANKAN BANYAK PERKARA YANG KECIL UNTUK MEMPEROLEH SESUATU YANG BESAR.

Monday 3 December 2012

TAMBAHKAN ILMU ANDA


Salam 1 Malaysia,
Hari ini kita sambung lagi pelajaran kita dengan melihat lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan penjodoh bilangan.Cuba lihat penggunaan penjodoh bilangan di bawah mengikut konteks yang betul.

KAJANG

 Contoh ayat:
1.Bot mainan ciptaan kami memerlukan dua kajang layar.
2. Beberapa kajang kertas diperlukan untuk membuat iklan yang besar itu.
3.Kakak Aida memerlukan lima kajang kain untuk menutup bahagian belakang pentas itu.

Relung/lingkar


Contoh ayat:

1.Pak Mail memiliki dua relung tanah pusaka daripada ayahnya.
2.Mak Tijah memajakkan tiga relung sawahnya kepada Pak Teh kerana beliau tidak mampu mengerjakannya lagi.
3.Syakir memasang dua lingkar ubat nyamuk di dalam stor rumahnya kerana terlalu banyak nyamuk.


Ruas/pucuk

Contoh Ayat:

1.Gajah-gajah itu hanya mengambil masa yang singkat untuk menghabiskan sepuluh ruas tebu yang diberikan .
2. Mak Tam mencari beberapa pucuk rebung untuk dijual di pasar sehari.
3.Pemuda itu diberkas polis kerana memiliki dua pucuk pistol tanpa kebenaran.

RENUNGAN HARI INI



Sunday 2 December 2012

JOM TONTON VIDEO TENTANG PENJODOH BILANGAN

Cikgu Ana rasa tentu murid-murid sudah bosan asyik baca nota dan buat latihan sahaja.Apa kata hari ini kita saksi kan video di bawah berkaitan dengan penjodoh bilangan pula.Jom.........sama-sama kita saksikan.




Baik,macamana murid-murid,syok tak? Boleh tak murid-murid bina beberapa ayat daripada penjodoh bilangan sama seperti yang terdapat dalam video tadi?
Cikgu harap murid-murid sudah semakin faham berkaitan penjodoh bilangan setelah pelbagai cara cikgu gunakan.

MANTAPKAN KEFAHAMAN LAGI

Salam pagi minggu,diucapkan kepada anak-anak didik Cikgu Ana.Apa khabar hari ini?
Jangan jemu untuk ikuti blog Cikgu Ana .Hari ini kita teruskan sedikit lagi berkaitan penjodoh bilangan yang mungkin dapat memberi lebih kefahaman kepada semua.Di bawah antara contoh benda, binatang atau barang yang sesuai dengan penjodoh bilangan yang ditunjukkan.

Jom.......layan sama-sama.

batang


Contoh Ayat:
1.Adik menangis kerana sebatang giginya telah tercabut.
2.Harga sebatang penyapu itu hanya RM5.00 sahaja.
3.Karmila membeli dua batang pensel di koperasi sekolah.
4.Dua batang jari Darwish cedera akibat bermain mercun.

helai



Contoh Ayat:
1.Ayah membeli dua helai seluar jeans berwarna biru untuk dipakai pada hari raya.
2.Beberapa helai daun bunga ros Mak Kiah telah diragut oleh kambing jirannya.
3.Mak membeli sehelai baju Boboiboy untuk adik di pasar sehari.

gumpal



Contoh Ayat:
1.Pak Din memasukkan beberapa gumpal tembakau ke dalam rokok paipnya.
2.Kakak termuntah apabila menjumpai se gumpal rambut di dalam mi goreng yang dibelinya.
3.Makcik Bedah memasukkan beberapa gumpal kekabu ke dalam bantal yang ditempah oleh jirannya itu.

RENUNGAN HARI INI