CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Thursday, 29 November 2012

LATIHAN MUDAH PENJODOH BILANGAN

Salam pagi Jumaat untuk anak-anak didik Cikgu Ana tersayang,apa khabar kalian pagi ini?Cikgu Ana doakan semuanya ceria dan bergembira.
Pagi ini Cikgu Ana mulakan pelajaran dengan latihan mudah berkaitan penjodoh bilangan.
Arahan:
Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan:

          Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah  iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani.

           Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama meraikan majlis hari lahirnya itu.Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti  laksa asam, nasi ayam,mi goreng,lima puluh biji karipap,200 cucuk sate  dan tiga buku kek.

           Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya seperti beberapa jambak bunga,lima helai baju-T Boboi boy,lima kotak coklat,sepuluh naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker daripada abangnya.

          Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai cenderahati kepada semua yang hadir.

Nota:Pastikan kalian mendapat 12 jenis penjodoh bilangan daripada petikan, jika gagal,sila baca sekali lagi.
Selamat Mencuba.



LAGI TENTANG PENJODOH BILANGAN


Penjodoh Bilangan
Salam anak-anak didik Cikgu Ana,syoknya cuti,tapi jangan lupa buat juga ulangkaji tau.
Cuba baca dialog di bawah....
     Pada suatu pagi yang indah, di sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan sebidang sawah yang padinya sedang menguning.....
Ibu :  Mira, boleh tak Mira tolong ibu hari ini?
Mira :  Boleh, tolong apa bu?
Ibu :  Tolong belikan ibu seikat serai di Kedai Mak Kiah.
Mira :  Ibu nak masak apa hari ni?
Ibu :  Rasanya ibu nak masak rendang daging. Sudah lama
         kita tak makan rendangkan?
Mira :  Wah, sedapnya. Tapi tadi Mira nampak ada sebatang
         serai  dalam peti ais. Tak bolehkah ibu gunakan serai 
         itu?
Ibu :  Boleh tetapi ibu nak masak rendang agak banyak
         kerana saudara-mara kita hendak datang ke rumah
         sempena cuti sekolah ni. Kalau kita gunakan sebatang
         serai tentulah tidak mencukupi. Jadi, jika Mira beli
         seikat serai mungkin ada beberapa batang serai dalam     
         ikatan itu.
        
Mira :  Oh, begitu.,tapi kalau Mira ambik serumpun kat belakang
           rumah nenek boleh tak ibu?
Ibu    : Rumah nenek jauh,Mira pergi beli sahajalah.
Mira  : Baiklah, ibu. Mira pergi ke kedai sekarang
Ibu :  Berhati-hati, ya.

 Baiklah. Apakah yang kamu faham tentang dialog di atas?Ya...tentang penggunaan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan berfungsi....
* menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal,
  perkara dan manusia.
* digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspek
  bilangan.
* ia perlu disesuaikan dengan konteks ayat.

Cuba kamu perhatikan penggunaan penjodoh bilangan bagi durian pula.......


1.Selonggok durian

2.Sepangsa durian


3.Sebiji durian

4.Ulas-beberapa ulas durian