Assalamualaikum anak-anak didik Cikgu Ana.Cikgu Ana nak tanya,aspek penjodoh bilangan ni penting sangat ke?Oooooooo......kalau tanya cikgu jawapannya sangat penting,bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan dengan betul malahan untuk percakapan dan perbualan kita sehari-hari.Jom kita tengok soalan-soalan UPSR berkaitan Penjodoh Bilangan.Senang ke susah?
Mari Cuba.
1. Beberapa .................poster telah dilekatkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita.(2006)
A. helai
B. bidang
C. keping
D. lembar
2. Dua ......................lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam rempoh sebulan.(2006)
A. pasukan
B. angkatan
C. kelompok
D. gerombolan
3. Beberapa ......................kertas dan beberapa................. perca kain yang tidak diperlukan lagi dimasukkan ke dalam tong sampah itu.(2007)
A. helai.....cebis
B. keping.......bidang
C. lembar.........rincih
D. kajang......gulung
4. Beberapa................... cendawan tumbuh pada batang pokok getah yang reput.(2008)
A. kaki
B. kuntum
C. tangkai
D. kelopak
5. Budaya hidup masyarakat kampung itu telah dikaji oleh.....................penyelidik dari universiti tempatan.(2009)
A. segerombolan
B. seangkatan
C. sepasukan
D. sekawan
6. Faizal telah menjamu kawan-kawannya dengan dua....................langsat dan beberapa ....................cempedak goreng(2009).
A. longgok........buah
B. gugus.........ulas
C. tangkai......ketul
D. ikat.......butir
7.Terdapat se.........tepak sirih dan se.........kacip di atas meja itu.
(2010)
A. buah.......bilah
B. bentuk......buah
C. kapur........pasang
D. ikat......batang
8. Puan Rokiah menggunakan beberapa .....................daun sirih untuk membuat ......................sempena perkahwinan anak saudaranya.(2011)
A. ikat.......gubahan
B. tangkai....... susunan
C. helai.........hiasan
D. jambak.........karangan
Baiklah,macamana?senang atau susah?boleh buat?,tentu boleh buatkan,jika kalian rajin membaca dan mengulangkaji serta selalu membuat latih tubi soalan.
Saturday, 1 December 2012
SOALAN PENJODOH BILANGAN UPSR SEBENAR
Renungan khas istimewa untuk murid-murid Cikgu Ana yang sangat cikgu sayang.
Posted by Unknown at 00:18 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)