CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Saturday, 24 November 2012

PELBAGAI PENJODOH BILANGAN BAGI PISANG

NOTA PENTING:
  • Pelbagai penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk pisang yang mungkin mengelirukan murid-murid.Untuk itu di sini Cikgu Ana berikan beberapa contoh ayat yang sesuai.Biasanya penjodoh bilangan yang digunakan  tersebut bergantung kepada ayat yang ingin kita bina.


         Antara penjodoh bilangan yang sesuai adalah:
          tandan, sikat,sisir  dan biji

Contoh 1:Tandan 



Contoh Ayat:
Pak Kasim  baharu pulang dari kebun sambil memikul
setandan pisang emas.



Contoh 2:Sisir

                                           
Contoh ayat: 
Kakak membeli sesisir pisang lemak manis di 
gerai Pak Leman.


Contoh 3:biji

Contoh ayat:
Atlit itu makan sebiji pisang untuk mendapatkan 
tenaga segera sebelum memulakan larian.

13 comments:

Anonymous said...

hurm.. yang ni lah yg saya cari-cari selama ini..
sebelum niy saya tak fahm sangat penggunaan sisir biji dengan tandan.. skarag saya dah tahu! terima kasih cikgu!
boleh tak cikgu bagi contoh lain?? macam tebu ke? bila kita nak guna ruas,rumpun dengan batang?
alaa macam satu benda. tapi ada banyak penjodoh bilangan yang kita boleh guna.

Anonymous said...

Salam Cikgu Ana,terima kasih atas penerangan yang begitu jelas berkaitan dengan penggunaan penjodoh bilangan, anak saya suka buka blog cikgu

Unknown said...

Assalam... Awam mengetahui penjodoh bilangan utk pisang saja. Saya musykil tentang penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk kulit pisang.
Contoh ayat : Amri jatuh terlentang kerana terpijak __________ kulit pisang yang dibuang di atas lantai.

Iswara Merah said...

betul ke pisang satu panggil sebiji

Unknown said...

Subscribe to Vanna melon

Unknown said...

Assalamualaikum Cikgu. Saya suka la blog Cikgu... Best & terbaik... Saya harap Cikgu dapat buat yang lain, seperti tebu, tanah & lain² lagi...

pija said...

Salam.. Maaf saya nak tanya.. Jika seikat itu sama seperti sesisir ke?

Anonymous said...

Sesikat dan sesisir adalah sama. Sisir tu sikat la.

Tengku Syed Zali Alie said...

Jika jantung pisang pula nak guna penjodoh bilangan apa??

Tengku Syed Zali Alie said...

Jantung pisang nak guna penjodoh bilangan apa pula??😅

Anonymous said...

Terima kasih...sangat berguna

Anonymous said...

Ini yg saya cari selama ini...akhirnya jumpa jgk...terima kasih

Unknown said...

Cikgu saya ckp sesisir tu sebiji pisang hm hanya mampu gelak dalam hati