Contoh Ayat:
Abang menghadiahi isterinya seurat gelang sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan mereka.
4. Kaki
Digunakan untuk payung,cendawan dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Emak menjumpai beberapa kaki cendawan di belakang rumah.
5.Rumpun
Digunakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam bilangan yang banyak seperti serai,buluh, tebu
dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Di belakang rumah saya terdapat serumpun tebu yang subur.
6.Tongkol.
Digunakan untuk benda-benda yang bertongkol seperti jagung, kayu dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Pak Abu membeli beberapa tongkol jagung untuk dibuat bubur.
7.Bentuk.
Digunakan untuk benda-benda yang berkeluk seperti cincin, mata kail,anting-anting.
Contoh Ayat:
Suhaila teruja melihat sebentuk cincin yang dihadiahkan oleh tunangnya.
8.Tandan.
Digunakan untuk benda yang bergugus-gugus seperti kelapa, pisang dan sebagainya
Contoh Ayat:
Pisang yang setandan itu sudah masak.
9. Gerombolan.
Digunakan untuk sekumpulan penjahat seperti lanun, perompak dan komunis.
Contoh Ayat:
Pasukan tentera laut akan berusaha untuk mematahkan serangan segerombolan lanun tersebut.
10.Pucuk
Digunakan untuk senjata api, surat, rebung dan sebagainya.
Conyoh Ayat:
Perompak itu bersenjatakan sepucuk pistol.
11. Laras
Digunakan untuk senjata api seperti senapang, meriam dan sebagainya
Contoh Ayat:
Pemburu itu menyandang selaras senapang dibahunya sambil mencari rusa untuk diburu.
12.Papan
Digunakan untuk benda-benda yang berkeping-keping seperti petai dan mercun.
Contoh Ayat:
Ayah membeli beberapa papan petai di gerai Mak Temah untuk dibuat sambal.
13 comments:
alhamdulillah...
bagus isiannyea..
harap pelbagaikan lagi
supaya lebih menarik
Terbaik untuk rujukan sek rndah...siap dgn gmbar dan contoh ayat....
memang bagus untk sekolah redah
Tq..saya jadikan sebagai rujukan ya
Apa penjodoh bilangan bagi satu bahagian bambu
Tq sebab jadikan saya sebagai rujukan
Kalau runtuh
hi
hi
untuk pinggan apa ya..
Poppy
hi
Untuk satu buluh saja, contoh ayat "ibu memasukkan se_____ buluh untuk debut tabung"
Post a Comment