CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Thursday 29 November 2012

LATIHAN MUDAH PENJODOH BILANGAN

Salam pagi Jumaat untuk anak-anak didik Cikgu Ana tersayang,apa khabar kalian pagi ini?Cikgu Ana doakan semuanya ceria dan bergembira.
Pagi ini Cikgu Ana mulakan pelajaran dengan latihan mudah berkaitan penjodoh bilangan.
Arahan:
Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan:

          Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah  iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani.

           Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama meraikan majlis hari lahirnya itu.Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti  laksa asam, nasi ayam,mi goreng,lima puluh biji karipap,200 cucuk sate  dan tiga buku kek.

           Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya seperti beberapa jambak bunga,lima helai baju-T Boboi boy,lima kotak coklat,sepuluh naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker daripada abangnya.

          Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai cenderahati kepada semua yang hadir.

Nota:Pastikan kalian mendapat 12 jenis penjodoh bilangan daripada petikan, jika gagal,sila baca sekali lagi.
Selamat Mencuba.



4 comments:

Anonymous said...

Cikgu,saya dah dapat 12 penjodoh bilangan yang ada dalam petikan , cikgu boleh tambah lagi latihan

Anonymous said...

Salam Cikgu Ana,blog yang banyak pengetahuan,tahniah.

izzatsyahmi_12@yahoo.com said...

Petikan yang digunakan memang dapat memberi peluang untuk murid menguji kefahaman mereka tentang pejodoh bilangan,tahniah cikgu.

syakir aiman said...

Cikgu,pandai cikgu buat blog ya,cikgu saya seronok buka blog cikgu,banyak gambar dan nota,terima kasih cikgu.