CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Monday 3 December 2012

TAMBAHKAN ILMU ANDA


Salam 1 Malaysia,
Hari ini kita sambung lagi pelajaran kita dengan melihat lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan penjodoh bilangan.Cuba lihat penggunaan penjodoh bilangan di bawah mengikut konteks yang betul.

KAJANG

 Contoh ayat:
1.Bot mainan ciptaan kami memerlukan dua kajang layar.
2. Beberapa kajang kertas diperlukan untuk membuat iklan yang besar itu.
3.Kakak Aida memerlukan lima kajang kain untuk menutup bahagian belakang pentas itu.

Relung/lingkar


Contoh ayat:

1.Pak Mail memiliki dua relung tanah pusaka daripada ayahnya.
2.Mak Tijah memajakkan tiga relung sawahnya kepada Pak Teh kerana beliau tidak mampu mengerjakannya lagi.
3.Syakir memasang dua lingkar ubat nyamuk di dalam stor rumahnya kerana terlalu banyak nyamuk.


Ruas/pucuk

Contoh Ayat:

1.Gajah-gajah itu hanya mengambil masa yang singkat untuk menghabiskan sepuluh ruas tebu yang diberikan .
2. Mak Tam mencari beberapa pucuk rebung untuk dijual di pasar sehari.
3.Pemuda itu diberkas polis kerana memiliki dua pucuk pistol tanpa kebenaran.

RENUNGAN HARI INI



3 comments:

Anonymous said...

Cikgu,bestlah blog cikgu ni,boleh tak cikgu buat nota yang lain pula seperti kata hubung ke,kata sendi,saya tak faham macamana nak guna ialah dan aadalah.

个人资料 said...

Blog cikgu amat baik dan lengkap dengan banyak nota,maklumat dan contoh-contoh ayat.Pastinya murid-murid cikgu berminat untuk belajar dengan cikgu.Tahniah Cikgu Ana :)

Unknown said...

Terima kasih cikgu,begitulah yang saya harapkan,memang bidang IT memudahkan p n p kita.