CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Saturday 1 December 2012

SOALAN PENJODOH BILANGAN UPSR SEBENAR

Assalamualaikum anak-anak didik Cikgu Ana.Cikgu Ana nak tanya,aspek penjodoh bilangan ni penting sangat ke?Oooooooo......kalau tanya cikgu jawapannya sangat penting,bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan dengan betul malahan untuk percakapan dan perbualan kita sehari-hari.Jom kita tengok soalan-soalan UPSR berkaitan Penjodoh Bilangan.Senang ke susah?

Mari Cuba.

1. Beberapa .................poster telah dilekatkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita.(2006)
    A. helai
    B. bidang
    C. keping
    D. lembar

2. Dua ......................lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam rempoh sebulan.(2006)
    A. pasukan
    B. angkatan
    C. kelompok
    D. gerombolan

3. Beberapa ......................kertas dan beberapa.................  perca  kain yang tidak diperlukan lagi dimasukkan ke  dalam tong sampah itu.(2007)
   A. helai.....cebis
   B. keping.......bidang
   C. lembar.........rincih
   D. kajang......gulung

4. Beberapa................... cendawan tumbuh pada batang pokok getah yang reput.(2008)  
    A. kaki
    B. kuntum
    C. tangkai
    D. kelopak


5. Budaya hidup masyarakat kampung itu telah dikaji oleh.....................penyelidik dari universiti tempatan.(2009)
    A. segerombolan
    B. seangkatan
    C. sepasukan
    D. sekawan

6. Faizal telah menjamu kawan-kawannya dengan dua....................langsat dan beberapa ....................cempedak goreng(2009).
    A. longgok........buah
    B. gugus.........ulas
    C. tangkai......ketul
    D. ikat.......butir

7.Terdapat se.........tepak sirih dan se.........kacip di atas meja itu.
   (2010)
   A. buah.......bilah
   B. bentuk......buah
   C. kapur........pasang
   D. ikat......batang

8. Puan Rokiah menggunakan beberapa .....................daun sirih untuk membuat ......................sempena perkahwinan anak saudaranya.(2011)
    A. ikat.......gubahan
    B. tangkai....... susunan
    C. helai.........hiasan
    D. jambak.........karangan

Baiklah,macamana?senang atau susah?boleh buat?,tentu boleh buatkan,jika kalian rajin membaca dan mengulangkaji serta selalu membuat latih tubi soalan. 


Renungan khas istimewa untuk murid-murid Cikgu Ana yang sangat cikgu sayang.


     


3 comments:

Anonymous said...

Cikgu saya Amila,terima kasih beri peluang saya buka blog cikgu,best sangat,adik saya pun suka .

Syahirah 5 kreatif said...

Salam cikgu,banyak yang boleh saya belajar daripada blog cikgu,terima kasih cikgu.

Unknown said...

Terima kasih sudi layari blog cikgu.