CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Monday 10 December 2012

BLOG CIKGU ANA

Salam anak-anak didik Cikgu Ana,seronoknya bercuti,kerja sekolah dalam cuti yang cikgu murid-murid berikan dah siap?Kalau tak tahu boleh tanya mak,abah,abang ataupun kakak.Baca dialog di bawah:

Ika    :Mama boleh tolong Ika tak?
Mama:Boleh apa salahnya.
Ika    : Kerja Bahasa Melayu ni susah la mama,Ika tak faham.
           Cikgu suruh Ika bina ayat yang berbeza
           penjodoh bilangannya untuk buluh.
Mama: Oh,Ika tak faham ke?Senang aje,penjodoh bilangan yang
             sesuai untuk buluh seperti batang,rumpun,
              ruas,dan bilah.
Ika    :Mama tolonglah buatkan ayatnya.
Mama: Eh,mana boleh macam tu,mama pun nak masak ni.
           Apa kata Ika cuba layari blog Cikgu Ana.Mama
           pernah layari blog Cikgu Ana tu,banyak nota
           tentang penjodoh bilangan. Ika layari anasudin65.
           blogspot.com
Ika     : Baiklah mama.


PENJODOH BILANGAN BAGI BULUH

i)Batang
ii)Rumpun
iii)Ruas
iv)Bilah


BATANG


Contoh Ayat:

1.Pak Mail dan Pak Kasim sedang menebang
    beberapa  batang buluh untuk dijadikan
    buluh lemang.

RUMPUN



Contoh Ayat:

1)Sepanjang jalan ke kebun Pak Ishak
    dipenuhi  dengan beberapa rumpun buluh.


RUAS



Contoh Ayat:

1) Tabung itu dibuat daripada beberapa ruas buluh.

BILAH

Contoh Ayat:

1) Beberapa bilah buluh diperlukan untuk
     membuat bubu itu.

RENUNGAN HARI INI


8 comments:

Unknown said...

Bahan P&P yang menarik. Pasti dapat menarik perhatian murid. Syabas.

Cikgu Maznah said...

Salam cikgu,seronok buka blog cikgu,memang maenarik dan dpt memberi lebih kefahaman tentang tajuk penjodoh bilangan,anak saya seronok kata menarik dan cantik.

Nuramalina said...

Cikgu,bagus lah blog cikgu,dapat juga anak saya buat rujukan,tahniah.

Fadhilah said...

Wah,k.ana dah pandai buat blog ek,nnti ajar saya pula ya,jelous ni.

Unknown said...

Rakan-rakan n adik-adik sekalian,semuanya kerana tugasan KRT tu yg jadi pandai,tapi bila dah pandai sikit2 rasa syok pulak.Kalian cuba lah.

Romahanie Abd Ghani said...

menarik blog k.ana. tahniah.

Anonymous said...

untuk pin dan zip apa penjodoh bilangan yang sesuai ye cikgu?

Unknown said...

ulas