CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Sunday 9 December 2012

LAGI TENTANG PENJODOH BILANGAN

Murid-murid selalu keliru  menggunakan penjodoh bilangan untuk rumah. Penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk rumah adalah buah,pintu dan deret.Apakata kita lihat gambar dan contoh -contoh penggunaan ayat yang betul mengikut konteks.

buah


Contoh ayat:
1.Dato Ismail mendirikan sebuah rumah kayu di kampungnya untuk memudahkan beliau pulang  pada hujung minggu.

pintu


Contoh ayat:
1.Encik Firdaus memiliki dua pintu rumah sewa di Bandar Tun Razak.

deret



Contoh ayat:
1.Pihak pemaju di bawah kontraktor Amalina Holding telah membina beberapa deret rumah kos rendah di Bandar Raub.


Macamana?murid-murid sudah faham?Bagus!Tetapi cuba renungi kata-kata di bawah:


4 comments:

Nooraziyah said...

blog yang menarik...

Anonymous said...

thanks for sharing.. cikgu bijak menggunakan gambar iaitu gambar sebenar.. murid-murid akan dapat melihat gambaran yabg sebenar...

Unknown said...

Banyak info yang saya dapat dari blog cikgu.

Unknown said...

Terima kasih,semuanya kerana tugsan KRT yg mencabar,tapi akhirnya jadi seronok pula,dapat kemahiran baru.