CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Wednesday 12 December 2012

SOALAN PERANGKAP PENJODOH BILANGAN




Harus diingat walaupun sistem bahasa penjodoh bilangan ini kelihatan mudah namun,murid-murid mesti berhati-hati  memilih jawapan yang tepat:
Lihat contoh- contoh soalan  di bawah yang memerlukan ketelitian untuk memilih jawapannya.

Contoh Soalan:

1. Adik Diana memakan beberapa ......................
    durian sewaktu kami pergi ke dusun nenek 
     pada minggu lepas.
    A. biji                 B.ulas
    C.longgok          D.bakul.

2. Pak Mail memikul ........................pisang
    sewaktu pulang dari kebunnya.
    A.sesisir             B.sesikat
    C.sebiji              D.setandan.

3.Di belakang rumah nenek terdapat beberapa
   ..........................cendawan.
   A. batang           B.pucuk
   C. kaki              D.pokok.

4. Puan Suzana memasukkan ..................
    serai dalam masakan Tom Yamnya.
   A. seikat            B.sebatang
   C.serumpun       D.sepokok.

5. Sebagai tukang masak terkenal di 
    kampung  itu,Puan Murni memasukkan dua
     ................... garam ke dalam gulai kawah
     sewaktu majlis kenduri perkahwinan
    anak Pak Kassim.
    A.cubit              B.sudu
    C.gengam          D.bungkus 

PASTIKAN JAWAPAN ANDA ADALAH:
1.B
2.D
3.C
4.B
5.C

Banyak lagi soalan lain yang memerlukan
murid-murid berhati-hati sebelum memilih
jawapan.Ini kerana sesuatu benda,
barang,orang dan sebagainya boleh 
digunakan dalam penjodoh bilangan
yang berlainan mengikut konteks ayat.

RENUNGAN HARI INI


YA.....KITA BOLEH BERJAYA
  

6 comments:

noorezlina said...

Tahniah,cikgu,blog yg memang mnerangkan banyak ttg tajuk,jelas dan padat,teruskan.

Nurayuni 5K said...

Wah,hebat cikgu,cikgu dah pandai buat blog,patutlah cikgu suruh kami buka blog cikgu,terima kasih cikgu,cikgu buat tajuk lain pula boleh tak?

Ckgu Nany said...

Salam Kak Ana,wah diam-diam ubi ek,dah pandai buat blog,cantik n tahniah,banyak info,anak saya suka baca infi-info yang penuh dengan gambar yg cantik2.tahniah kak Ana,jumpa lagi mesyuarat nnti,Miss u

Rosliawaty said...

Salam Cikgu Ana,tahniah,cantik blog cikgu,ana saya pun teruja melayari blog cikgu.Tahniah.

Lydia said...

Kak Ana.....wah teruja saya tengok blog k.ana,tak sangka k.na pandai buat blog,boleh la saya guna untuk mengajar tahun depan ek

Unknown said...

Boleh aje,insyaallah nnti k.na ajar mana yg k.na tau le,yang lain kena berguru n rajin2 explo sendiri.