Salam pagi minggu,diucapkan kepada anak-anak didik Cikgu Ana.Apa khabar hari ini?
Jangan jemu untuk ikuti blog Cikgu Ana .Hari ini kita teruskan sedikit lagi berkaitan penjodoh bilangan yang mungkin dapat memberi lebih kefahaman kepada semua.Di bawah antara contoh benda, binatang atau barang yang sesuai dengan penjodoh bilangan yang ditunjukkan.
Jom.......layan sama-sama.
batang
Contoh Ayat:
1.Adik menangis kerana sebatang giginya telah tercabut.
2.Harga sebatang penyapu itu hanya RM5.00 sahaja.
3.Karmila membeli dua batang pensel di koperasi sekolah.
4.Dua batang jari Darwish cedera akibat bermain mercun.
helai
Contoh Ayat:
1.Ayah membeli dua helai seluar jeans berwarna biru untuk dipakai pada hari raya.
2.Beberapa helai daun bunga ros Mak Kiah telah diragut oleh kambing jirannya.
3.Mak membeli sehelai baju Boboiboy untuk adik di pasar sehari.
gumpal
Contoh Ayat:
1.Pak Din memasukkan beberapa gumpal tembakau ke dalam rokok paipnya.
2.Kakak termuntah apabila menjumpai se gumpal rambut di dalam mi goreng yang dibelinya.
3.Makcik Bedah memasukkan beberapa gumpal kekabu ke dalam bantal yang ditempah oleh jirannya itu.
RENUNGAN HARI INI
4 comments:
Salam,cikgu,menarik blog cikgu,terima kasih,beri ruang untuk anak saya mengisi masa lapang sekolahnya.
Cikgu Ana,tahniah,saya dapat suruh anak saya belajar melalui blog cikgu.
Salam,tahniah cikgu,ada blog macam ini,sekurang-kurangnya anak saya tidaklah asyik main game aje sebab dalam blog cikgu ni banyak info dan gambar-gambar yang menarik
Terima kasih semua kerana sudi melayari blog cikgu,selalu-selalulah buka blog,hari-hari cikgu tambah bahan tau.
Post a Comment