CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA   *   YANG MERAH ITU SAGA,YANG KURIK ITU KENDI,YANG INDAH ITU BAHASA,YANG CANTIK ITU BUDI   *   DIKEMASKINI PADA 21 NOV 2012  *

Friday, 30 November 2012

BUKU-BUKU RUJUKAN BERKAITAN PENJODOH BILANGAN

Murid-murid masih dahagakan ilmu berkaitan penjodoh bilangan?Cikgu Ana ada satu idea.Apa kata kalian ajak ibu atau abah mengunjungi kedai buku berdekatan.Tentu banyak buku yang berkaitan Penjodoh Bilangan kan.Di sini Cikgu Ana tunjukkan beberapa contoh buku berkaitan Penjodoh Bilangan yang boleh kalian beli.Jom cari.......










Dah jumpa buku-buku di atas? Kalau tak jumpa boleh aje beli buku keluaran yang lain.Asalkan murid-murid dapatkan satu atau dua naskhah buku penjodoh bilangan untuk dijadikan panduan.

LAGI MAKLUMAT BERKAITAN PENJODOH BILANGAN.

Ingin lebih jelas berkaitan penjodoh bilangan?
Lihat pula  contoh penggunaan  beberapa  penjodoh bilangan yang sesuai mengikut konteks .


 buah



ekor




biji



Jom buat latihan:

Cuba anak-anak didik Cikgu Ana bina seberapa banyak ayat berdasarkan 3 penjodoh bilangan yang tertera di atas mengikut gambar yang diberikan.Lihat dan bandingkan dengan kawan-kawan,siapa yang berjaya membina ayat yang paling banyak.

Thursday, 29 November 2012

LATIHAN MUDAH PENJODOH BILANGAN

Salam pagi Jumaat untuk anak-anak didik Cikgu Ana tersayang,apa khabar kalian pagi ini?Cikgu Ana doakan semuanya ceria dan bergembira.
Pagi ini Cikgu Ana mulakan pelajaran dengan latihan mudah berkaitan penjodoh bilangan.
Arahan:
Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan:

          Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah  iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani.

           Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama meraikan majlis hari lahirnya itu.Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti  laksa asam, nasi ayam,mi goreng,lima puluh biji karipap,200 cucuk sate  dan tiga buku kek.

           Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya seperti beberapa jambak bunga,lima helai baju-T Boboi boy,lima kotak coklat,sepuluh naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker daripada abangnya.

          Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai cenderahati kepada semua yang hadir.

Nota:Pastikan kalian mendapat 12 jenis penjodoh bilangan daripada petikan, jika gagal,sila baca sekali lagi.
Selamat Mencuba.



LAGI TENTANG PENJODOH BILANGAN


Penjodoh Bilangan
Salam anak-anak didik Cikgu Ana,syoknya cuti,tapi jangan lupa buat juga ulangkaji tau.
Cuba baca dialog di bawah....
     Pada suatu pagi yang indah, di sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan sebidang sawah yang padinya sedang menguning.....
Ibu :  Mira, boleh tak Mira tolong ibu hari ini?
Mira :  Boleh, tolong apa bu?
Ibu :  Tolong belikan ibu seikat serai di Kedai Mak Kiah.
Mira :  Ibu nak masak apa hari ni?
Ibu :  Rasanya ibu nak masak rendang daging. Sudah lama
         kita tak makan rendangkan?
Mira :  Wah, sedapnya. Tapi tadi Mira nampak ada sebatang
         serai  dalam peti ais. Tak bolehkah ibu gunakan serai 
         itu?
Ibu :  Boleh tetapi ibu nak masak rendang agak banyak
         kerana saudara-mara kita hendak datang ke rumah
         sempena cuti sekolah ni. Kalau kita gunakan sebatang
         serai tentulah tidak mencukupi. Jadi, jika Mira beli
         seikat serai mungkin ada beberapa batang serai dalam     
         ikatan itu.
        
Mira :  Oh, begitu.,tapi kalau Mira ambik serumpun kat belakang
           rumah nenek boleh tak ibu?
Ibu    : Rumah nenek jauh,Mira pergi beli sahajalah.
Mira  : Baiklah, ibu. Mira pergi ke kedai sekarang
Ibu :  Berhati-hati, ya.

 Baiklah. Apakah yang kamu faham tentang dialog di atas?Ya...tentang penggunaan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan berfungsi....
* menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal,
  perkara dan manusia.
* digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspek
  bilangan.
* ia perlu disesuaikan dengan konteks ayat.

Cuba kamu perhatikan penggunaan penjodoh bilangan bagi durian pula.......


1.Selonggok durian

2.Sepangsa durian


3.Sebiji durian

4.Ulas-beberapa ulas durian

Saturday, 24 November 2012

PELBAGAI PENJODOH BILANGAN BAGI PISANG

NOTA PENTING:
  • Pelbagai penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk pisang yang mungkin mengelirukan murid-murid.Untuk itu di sini Cikgu Ana berikan beberapa contoh ayat yang sesuai.Biasanya penjodoh bilangan yang digunakan  tersebut bergantung kepada ayat yang ingin kita bina.


         Antara penjodoh bilangan yang sesuai adalah:
          tandan, sikat,sisir  dan biji

Contoh 1:Tandan 



Contoh Ayat:
Pak Kasim  baharu pulang dari kebun sambil memikul
setandan pisang emas.



Contoh 2:Sisir

                                           
Contoh ayat: 
Kakak membeli sesisir pisang lemak manis di 
gerai Pak Leman.


Contoh 3:biji

Contoh ayat:
Atlit itu makan sebiji pisang untuk mendapatkan 
tenaga segera sebelum memulakan larian.

Friday, 23 November 2012

Hai murid-murid,jom kita sama-sama layan video ni pula.


 Dengar dengan teliti,dan cuba senaraikan seberapa banyak
penjodoh bilangan yang murid-murid peroleh.



   

Wednesday, 21 November 2012

Mari Senyum!



stress??
senyum dapat mengurangkan stress..
jom baca!
Dah Kena

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”



Kenapa Tak Boleh Kahwin


Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.



Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!



Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.



Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! #@#$@#$


Kisah Si Kembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

kan cantik bila dah senyum?

Tuesday, 20 November 2012

Mari Tambahkan Lagi Ilmu!

Hmmmm Cikgu  Ana nak tanya,
agak-agaknyea lah kan.. 
apabila murid-murid dapatkan ilmu daripada blog cikgu niy..
macam mana kefahaman anda semua yea?



adakah seperti ini?

masih keliru...

atau..

bersungguh-sungguh..

atau yang ni?

sudah faham.. dan boleh rileks..


eh, jangan terlalu selesa..
masih banyak yang perlu dipelajari.
ingat tu..



lebih bagus.. niat belajar kerana Allah..
supaya pelajaran yang diperoleh lebih berkat.

mari.. cikgu ada buah tangan untuk kamu semua.. :)

menarik tau.. klik jangan tak klik!





Monday, 19 November 2012

Jom Rileks...

Hm.... mesti murid-murid dah bosankan asyik baca nota jea.. 
betul tak??
jadi. mari kita uji pemahaman penjodoh bilangan ini.
siap ada gambar lagi tau!
cuba jangan tak cuba!!




selamat mencuba yea?




Mari Tengok Sama-Sama!

 

In sha allah, dengan menonton video ini,
murid-murid akn lebih memahami
penggunaan penjodoh bilangan 
dengan lebih jelas lagi.
selamat menonton!

Friday, 16 November 2012

PENJODOH BILANGAN(bergambar)

Sering murid -murid keliru untuk menggunakan beberapa penjodoh bilangan pada objek yang sesuai,antara contohnya:


1.Gugus
        Digunakan untuk pulau atau untuk buah-buahan seperti anggur,kelapa sawit dan 
        sebagainya.

Contoh Ayat:
Emak membeli segugus anggur di Pasar  Raya Tunas Manja.

2. Kawan:
        Digunakan untuk kumpulan binatang seperti  gajah,kerbau
        lembu ,burung dan sebagainya.


Contoh Ayat:
Sekawan burung berterbangan tatkala senja menjelang .

3. Urat
        Digunakan untuk benda-benda yang panjang dan halus seperti benang,rotan dan 
        gelang.

Contoh Ayat: 
Abang menghadiahi isterinya seurat gelang sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan mereka.

4. Kaki
     Digunakan untuk payung,cendawan dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Emak menjumpai beberapa kaki cendawan di belakang rumah.


5.Rumpun
     Digunakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam bilangan yang banyak seperti serai,buluh, tebu   
     dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Di belakang rumah saya terdapat serumpun tebu yang subur. 

6.Tongkol.
      Digunakan untuk benda-benda yang bertongkol seperti jagung, kayu dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Pak Abu membeli beberapa tongkol jagung untuk dibuat bubur.

7.Bentuk.
      Digunakan untuk benda-benda yang berkeluk seperti cincin, mata kail,anting-anting.

Contoh Ayat:
Suhaila teruja melihat sebentuk cincin yang dihadiahkan oleh tunangnya.

8.Tandan.
      Digunakan untuk benda yang bergugus-gugus seperti kelapa, pisang dan sebagainya

Contoh Ayat:
Pisang yang setandan itu sudah masak.

9. Gerombolan.
       Digunakan untuk sekumpulan penjahat seperti lanun, perompak dan komunis.

Contoh Ayat:
Pasukan tentera laut akan berusaha untuk mematahkan serangan segerombolan lanun tersebut.

10.Pucuk
         Digunakan untuk senjata api, surat, rebung dan sebagainya.

Conyoh Ayat:
Perompak itu bersenjatakan sepucuk pistol.

11. Laras
           Digunakan untuk senjata api seperti senapang, meriam dan sebagainya


Contoh Ayat:
Pemburu itu menyandang selaras senapang dibahunya sambil mencari rusa untuk diburu.

12.Papan
          Digunakan untuk benda-benda yang berkeping-keping seperti petai dan mercun.
Contoh Ayat:
Ayah membeli beberapa papan petai di gerai Mak Temah  untuk dibuat sambal.